Saturday, May 16, 2009

Zahratul Husna

Hari Kelima Kelahiran
Hari Ketiga Kelahiran
Hari Pertama Kelahiran

Alhamdulillah, Allah telah menambah seri kehidupan, dengan kehadiran Husna =) pada 7.10pm, 12 May 2009 di Pantai Medical Centre, Bangsar. Berat 3.29kg ketika lahir =)). Sihat yer anak ummi ni, membesar dengan bahagia dalan perut ummi dia sampai taknak keluar hingga saat2 akhir.

Jazakillah khair atas doa semua, yg telah permudahkan kelahiran mujahidah kecil ini.

Wednesday, October 29, 2008

Thiqah dalam Baitul Dakwah

Thiqah dalam baitul dakwah sgt penting, dan merupakan asas pembentukan rumah tangga bahagia.

Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Sejauh mana pentingnya thiqah dalam jemaah, dan betapa beratnya kita ditekankan tentang kesempurnaan rukun ini dalam disiplin amal jamaie, lebih berat lagi kepentingannya dalam kehidupan baitul dakwah.

Seorang isteri perlu "menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin (suami) hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat."

"Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana organisasi
", termasuk organisasi kekeluargaan.

Selamat mendirikan baitul dakwah kepada sahabat yg akan mendirikannya dalam masa yg terdekat ni. =)

Wallahu a'lam

Thiqah

Dipetik dari Rukun BaiahPercaya (Thiqah)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Thiqah
Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa: 65)

Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.

Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)

Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini.
Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan.

Oleh itu, setiap akh yang jujur perlu menyoal dirinya soalan-soalan berikut bagi mengetahui sejauhmana kepercayaannya kepada pimpinannya:


1. Adakah dia mengenali siapakah pemimpinnya sebelum ini dan telah mengkaji latar belakangnya?

2. Adakah dia yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya?

3. Adakah dia bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, di samping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik?

4. Adakah dia bersedia untuk merasakan kemungkinan bahawa pendapatnya salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak?

5. Adakah dia bersedia untuk meletakkan kehidupan hariannya di bawah telunjuk dakwah? Adakah pemimpin pada pandangannya berhak menentukan apa yang lebih penting antara kepentingan peribadinya dengan kepentingan dakwah?

Berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan ini atau yang seumpama dengannya, seseorang akh akan meyakini sejauhmana hubungannya dengan pimpinan dan sejauhmana dia mempercayai kewibawaannya. Namun hati-hati manusia di tangan Allah dan Dia mentadbir hati-hati ini menurut kehendaknya.

Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau
tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal: 63)

Thursday, October 23, 2008

Musim Imtihan di Australia

Salam akhwati fillah yg sedang menempuh musim2 imtihan di Australia,

"Selamat menempuh ujian sughra, menemui ujian kubra di akhirnya.. LULUS atau GAGAL ke syurga"

Tahun lepas, ana ada buat software engineering project dengan team 12 orang (3 perempuan, 9 orang lelaki). I still remember my team leader, Chris. Masa time dekat2 exam kitorang, semua orang dlm team agak kiasu jugaklah nak belajar utk finale xam, dan capai markah yg tinggi utk projek final year tu. Semua orang risau2 tapi dia nampak rileks ajer (mungkin dia budak pandai). But anyway, I remember one of my team mates asking him

"Dont you wan't high marks for your project? You seem so relaxed". At that time there were some problems with our supervisor, where our team mates were unhappy with how little supervision we were getting and worried how he was going to calculate our marks as he did not micro manage us.

"Yes, I do. I want to score in this project. However, I know that even if I don't score, it is not the end of the world for me. I know that my plans in life will still continue as usual."

Kalau tak silap Rina, Chris mcm ada buat kompeni kecil2an sendiri dalam bidang computer science. I appreciated what he said. Those words came from a person who had very strong visions in life. Mungkin dlm dia buat bisnes kecil2an dlm bidang komputer tu, dia ada vision utk buat kompeni besar suatu hari nanti. Mcm kita pun ada buat bisnes kecil2an dengan Allah swt juga. Jual beli masa dan tenaga kita di jalanNya. Orang yg ada matlamat hidup yg jelas adalah orang yang yakin dgn usaha dan tawakal, dan seterusnya bertambah yakin bahawa pengakhiran semuanya terletak di tangan Allah swt.

Come what may.. datanglah ujian2 menyerbu.. namun yang pasti kita tidak akan berganjak dari matlamat dan janji. Itulah keyakinan orang yang yakin. Itulah keyakinan orang yg punya matlamat yg cukup jelas.

"Sesungguhnya, jalan yg kita pilih ini sememangnya panjang dan menyulitkan, tapi pengakhirannya pasti."

Wednesday, October 22, 2008

Engkau tetap seorang Akhwat..

Alhamdulillah hampir 3 bulan melayari dunia baru bergelar isteri, selepas ini enjin dan momentum perlu lebih cepat pikap lagi. Suami dan isteri merupakan manusia biasa juga, masing2 dengan kekuatan dan kelemahan mereka. Seorang suami memberikan kekuatan yg berbeza dengan suasana akhwat, sudah pasti. Tugas mereka sebagai pelindung dan ketua keluarga. Hidup mereka selama ini dalam dunia ikhwah mereka mungkin lebih byk menekankan unsur logika dan rasional, sementara dunia akhwat penuh dengan mainan perasaan. Pertembungan ini sudah tentu memberikan suatu suasana yg sgt cukup berbeza dan baru, bagi kedua2 mempelai yg baru ingin mengenali dunia pasangan masing2.

Ana just nak share, something yg terdetik mlm tadi. Kata2 seorang akhwat.. "Akhwat perlu faham, dia dibesarkan dalam tarbiyyah sebagai seorang akhwat. Ada ikhwah yg mengatakan mereka berkahwin dengan perajurit. Akhwat sgt aktif keluar berdakwah. Bawa usrah dua, tiga, tapi janganlah sampai masuk dapur tak reti, atau layan baby tak pandai. Mungkin tarbiyyah di oversea byk melibatkan ikhwah2 atau ustaz2 yg selalu memberi pengisian. Mestilah ustaz tak menekankan sgt isu2 akhwat ni, jadi ramai akhwat yg terikut2 style ustaz / ikhwah yg perajurit sebab dpt tarbiyyah yg begitu. "

Ana tiba2 terdetik satu kisah, semasa ana ke program dan zauj duduk di rumah masa tu. Program tu ambil masa satu hari, dan bila ana balik rumah aje baju dah basuh, rumah dah mop, sedangkan masa tu zauj pun takdela beberapa sihat. Rasa bersyukur pula dapat zauj yg begitu memahami tapi terasa segan sebab tak sempat nak menyiapkan kerja2 rumah sebelum meninggalkan rumah. Terasa lebih bertanggungjawab utk memastikan rumah dalam keadaan yg lebih terurus supaya perkara yg sama tidak berulang lagi.

Moga hari2 baitul dakwah berikutnya bertambah ceria dengan kehadiran orang ketiga.
Tak sabar nak menanti2 akhwat Australia pulang =)
Jzk khair atas doa dari semua.

Sunday, September 21, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, Allah kurniakan khabar gembira utk pasangan baru, Raja Rina & Yasser Ariff.
Estimated due date 14 May 2009 ;)

Tak sabar2 menanti hari digelar ibu :)

Monday, September 8, 2008

Tips for Improving Pregnancy Test Accuracy

If you’re concerned about getting your pregnancy test accuracy, remember the following tips as you’re completing the test:

  • Wait until your period is at least one week late, particularly if you’ve had irregular menstrual cycles in the past. Testing on the first day of your missed period results in pregnancy test accuracy rates of about 80%.
  • Store your test at the proper temperature and never leave it in a hot car. Extreme heat or cold can damage your home pregnancy test.
  • Follow the test’s timing instructions. Waiting too long to read the results or reading the results before the specified time period has passed can cause a false positive or false negative result.
  • Take the test right away in the morning, when your pregnancy hormone levels should be the highest.
  • Don’t consume large amounts of coffee, soda, water, or other beverages before the test. This can affect the levels of HCG in your urine.
  • If you don’t understand how to take your home pregnancy test, call the customer service number listed in the instruction pamphlet for further assistance.
  • Never use a test that has passed its expiration date.

Hmmm.. doa2kanlah yer..